cari_carian

Sunday 18 December 2011

mobilisasi kebangkitan anak muda


"berikan aku seribu anak muda, nescaya aku bisa mengubah dunia"
- Hamka -

mata yang celik, telinga yang mendengar dan akal yang berfikir pasti tahu dan sedar anak muda itu adalah entiti yang sangat kuat. Muhammad s.a.w, Ali Abi Talib, Muhammad al-Fateh, dan Ashabul Kahfi telah mengukir kemampuan anak muda lebih awal. maka secara sinisnya yang menafikan fakta ini hanyalah 'orang-orang tua'.

sekarang, di Malaysia, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sekurang-kurangnya telah menunjukkan mahasiswa tidak hanya duduk mendepani buku, menaip keyboard menyiapkan assignment. mereka menunjukkan anak-anak muda juga mampu bangkit dalam kerajaan Kesultanan Melayu Umno. mereka mahu mewujudkan gigantic mobilization bagi menuntut kebebasan akademik, yang sebenarnya tidak lebih daripada sama dengan kebebasan bersuara itu sendiri.

sekian banyak NGO berasaskan akademik menyertai barisan anak-anak muda SMM, menunjukkan degree of strength yang dimiliki pendokong mobilisasi ini. tidak kurang tokoh-tokoh terhormat dan terpelajar dalam relung kepakaran masing-masing, berdiri di belakang susuk berisi darah muda yang menggelegak mahu bangkit menembus tembok sekatan akademik.



dunia semakin matang, bukan hanya untuk 'orang-orang tua'. anak-anak muda sangat berharga. tidak hanya menurut membabi buta, tetapi selalu bangkit menentang, memberontak, kerana itulah isi belikat mereka. tapi mengikut adat, laluan mereka tidak mungkin lurus, ada lorong-lorong yang harus mereka lalui.

"semua kebenaran melewati tiga tahap; pertama : ditertawakan atau dicemuh, kedua : ditentang habis-habisan, ketiga : diterima sebagai satu kenyataan."
- Arthur Schopenhauer, German philosopher -

tapi, adakah yang diperjuangkan gerakan anak-anak muda ini satu kebenaran? dari pelbagai sudut ia mungkin benar, dan dari sudut kebanyakan yang lain ia mungkin salah. secara formulanya, ia neutral. prinsip umum anak muda yang selalu hakikatnya menentang itu, jika ditambah atau dikurangkan sedikit dari segi niat dan tindakan, boleh jadi benar dan boleh jadi salah.

berganda mungkin dari puluhan setiap tahun, ada sahaja slogan kebebasan dilaungkan, sekabur apapun maknanya. istilah kebebasan dan kemerdekaan umumnya difahami sebagai padanan kata freedom dan liberty, yang mana seseorang bebas dari dan untuk berbuat atau melakukan sesuatu. kini, dunia meronta mahu dibebaskan, kerana dunia sudah cukup tua untuk dikongkong. dunia sudah akhir zaman. maka timbul kegusaran pula di sebahagian pihak manusia yang celik, bagaimana bentuk kebebasan itu?

Bagi seorang Muslim, kebebasan mengandungi tiga makna sekaligus. Pertama, kebebasan identik dengan ‘fitrah’, iaitu tabiat dan kudrat asal manusia sebelum diubah, dicemari, dan dirosakkan oleh sistem kehidupan disekelilingnya. Seperti kata Nabi saw: ‘kullu mawludin yuladu ‘ala l-fitrah’. Setiap orang terlahir sebagai mahluk dan hamba Allah yang suci bersih dari noda kufur, syirik dan sebagainya. Namun orang-orang disekelilingnya kemudian mengubah statusnya tersebut menjadi ingkar dan angkuh kepada Allah.
Makna kedua dari kebebasan adalah daya kemampuan (istitha‘ah) dan kehendak (masyi’ah) atau keinginan (iradah) yang Allah berikan kepada kita untuk memilih jalan hidup masing-masing. Apakah jalan yang lurus (as-shirath al-mustaqim) ataukah jalan yang lekuk. Apakah jalan yang terjal mendaki ataukah jalan yang mulus menurun. Apakah jalan para nabi dan orang-orang sholeh, ataukah jalan syaitan dan orang-orang sesat. ‘Siapa yang mau beriman, dipersilakan. Siapa yang mau ingkar, pun dipersilakan’ (fa-man sya’a fal-yu’min, wa man sya’a fal-yakfur), firman Allah dalam al-Qur’an (18:29). 
Ketiga, kebebasan dalam Islam berarti ‘memilih yang baik’ (ikhtiyar). Sebagaimana dijelaskan oleh Profesor Naquib al-Attas, sesuai dengan akar katanya, ikhtiar menghendaki pilihan yang tepat dan baik akibatnya (Lihat: Prolegomena to the Metaphysics of Islam, hlm. 33-4). Oleh karena itu, orang yang memilih keburukan, kejahatan, dan kekafiran itu sesungguhnya telah menyalahgunakan kebebasannya. Sebab, pilihannya bukan sesuatu yang baik (khayr). Disini kita dapat mengerti mengapa dalam dunia beradab manusia tidak dibiarkan bebas untuk membunuh manusia lain. 
Tiga Makna Kebebasan Dalam Islam : CyberSabili.com 
bak kata orang bijak pandai; matlamat tidak menghalalkan cara. matlamat mobilisasi secara samar menuntut kebebasan untuk melontarkan ekspresi tidak senang dengan tindakan kerajaan menyekat suara politik anak-anak muda, khususnya mahasiswa, sama ada sekatan mempengaruhi dan dipengaruhi. namun jika dilihat dari posisi politik semasa negara, teknik merealisasikan ekspresi tersebut tidak banyak membantu, malah mungkin sedikit boleh menambah burukkan keadaan.

anak-anak muda kadangkala hanya tampak bersedia untuk bergelumang dalam politik, tapi pada hakikatnya cuma niatnya untuk terlibat dalam penentangan terhadap sesuatu. mungkin bukan semua sebaliknya segelintir itu sudah mencukupi untuk meruntuhkan 'kebenaran' yang diperjuangkan.


tetapi bagaimana pula dengan sebahagian lain yang betul-betul memperjuangkan what they called kebebasan akademik? ia masih lagi mengenai cara. terdesak sangatkah sampai tidak ada cara lain selain mengajurkan demonstrasi, perarakan dikhalayak ramai yang tidak mahu tidak turut sama disaksikan kanak-kanak? kalau begitu mungkin kerajaan terpaksa pula mengalihkan tumpuan dan menggubal akta baru bagi menyekat pengaruh politik dalam kalangan kanak-kanak. they learn from what they saw.

mungkin di pihak pendokong mobilisasi ini ada yang mempertahankan penganjuran demonstrasi tersebut dengan mengatakan bahawa tiada ruang diplomasi yang aman untuk menegakkan nawaitu mereka dalam kerajaan sedia ada. dan kerana itu kerajaan dikutuk sewenang-wenangnya, selain polis yang turut digelar 'anjing-anjing kerajaan'! sedangkan kerana jasa 'anjing' itulah keluarga dan masyarakat di Malaysia ini hidup aman. hina dan makilah polis, tapi percayalah anda atau kerabat anda sekurang-kurangnya pernah mendail 999.



all in all, aku bukanlah menidakkan semangat dan aspirasi mahasiswa dalam usaha membentuk haluan mereka sendiri. tapi kadangkala satu tujuan yang baik itu perlu disusuli dengan cara terbaik, dan melalui demonstrasi dan perarakan bukanlah cara paling telus dalam menggambarkan sentimen positif yang cuba ditimbulkan kumpulan aktivis anak muda ini. aku cuma takut sekiranya gelombang yang ingin dicipta golongan pewaris negara ini dimanipulasi pihak tertentu, terutama sekali dalam hal politik yang mana sebilangan besar daripada kita telah faham bagaimana situasi polemik semasa yang dikeruhkan segolongan 'perosak' yang cuba menegakkan benang yang basah atas nama hak asasi kononnya. ia mungkin adalah mengenai betapa kesedaran anak-anak muda ini mampu menggoncang tingkat atas kepemimpinan negara, namun secara lebih halus adalah bagaimana mungkin mereka menghalang tembok perjuangan mereka dibocori pengaruh yang tidak sepatutnya.





breaks_on !!