cari_carian

Wednesday 10 August 2011

al-Quran sebagai Perlembagaan Negara?!



federal constitution. buku @ subjek yg aku wajib belajar sbg student jurusan undang2. hukum ciptaan manusia paling tinggi kt Malaysia tercinta ni. buku panduan utama utk menggubal undang2 negara. buku yg bertanggungjawab memelihara 'KETUANAN MELAYU'.


kalau ammend tulisan dlm federal constitution ni, hukum-hakam negara boleh berubah, mcm yg dah dibuat Mahathir. even sultan melayu pun boleh sangkut !! is it means that, kalau satu hari nanti jawatan PM tanah air jatuh ke tangan pihak kuffar, then melalui beberapa prosedur dia nak ammend the written law dan mengubah posisi agama Islam sbg agama rasmi negara, rakyat Malaysia @ Muslim terpaksa tunduk kpd sebuah buku??

wtf !!

c'mon. open your eyes. federal constitution is too weak, and always weak. ia hasil tangan manusia biasa. tidak sempurna dan byk kelemahan. mcm mane nak pelihara MELAYU kalau ia sendiri lemah. it will not last, never.

hence, what shall replace the 'wtfc'.


Kajian: Majoriti golongan muda Muslim setuju al-Quran ganti Perlembagaan




BANGI, 11 Julai — Satu kajian terbaru di kalangan golongan muda Muslim di Malaysia menunjukkan majoriti berpendapat Perlembagaan Persekutuan wajar digantikan al-Quran sebagai panduan perundangan negara.
Sekitar 72 peratus responden ditemui dalam satu kajian kendalian bersama menyatakan pendirian menyokong soalan berkaitan Perlembagaan digantikan dengan al-Quran manakala 25 peratus pula tidak bersetuju.
“Ada sokongan kuat bagi hukuman di bawah kanun jenayah syariah iaitu hukum hudu, dan pandangan agar al-Quran menggantikan Perlembagaan Persekutuan,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian ketika membentangkan hasil kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.
Katanya, lebih ramai lelaki berbanding dengan wanita mahukan al-Quran menggantikan Perlembagaan Persekutuan.
“(Bilangan) Muslim di Sabah dan Sarawak rendah (dalam soal ini), hanya separuh daripada mereka mahukan Perlembagaan Persekutuan digantikan dengan al-Quran,” kata Ibrahim dalam hasil kajiannya.
Seramai 1,060 responden terbabit dalam kajian ini, yang dikendalikan antara Oktober dan November 2010. Responden berusia antara 15 dan 25 tahun.
Kajian perbandingan ini juga membabitkan responden dari Indonesia.
Daripada seramai 1,060 responden yang ditemui 31.9 peratus berusia antara 15 hingga 17 tahun, 12.6 peratus (18 hingga 19 tahun), 30.3 peratus (20 hingga 22 tahun) dan 25.2 peratus berusia 23 hingga 25 tahun.
Dari segi etnik, 91.4 peratus responden adalah orang Melayu, 8.2 peratus Bukan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain 0.3 peratus. Baki 0.1 peratus tiada jawapan.
Ketika ditemui kemudian Ibrahim berkata, sebagai seorang Muslim adalah normal bagi mereka memberikan pandangan sedemikian memandangkan al-Quran adalah sebahagian daripada kehidupan Muslim.
“Kita tidak boleh menidakkan (hakikat ini) sebab al-Quran adalah sebahagian daripada hidup umat Islam. Dan, saya melihat ia disebabkan pelbagai faktor... al-Quran adalah cara hidup mereka, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara Islam yang lain,” kata beliau lagi.
Bagaimanapun beliau menolak ia kemungkinan ada kaitan dengan ideologi atau dasar negara Islam PAS dan proses Islamisasi sejak tiga dekad lalu.
Selain itu kata beliau, responden memberikan pandangan sedemikian sebab mereka tidak didedahkan kepada Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh.
Ia juga dilihat kepada faktor umur di mana responden terdiri daripada mereka berusia antara 15 dan 25 tahun. Separuh daripada mereka berusia 21 tahun ke bawah.
Ketika ditanya sama ada ini kali pertama soalan sedemikian ditanya, Ibrahim tidak menolak kemungkinan itu.
Justeru jelas beliau, soalan yang ditanyakan itu juga terlalu umum.
“Tiada soalan susulan, tiada soalan lebih mendalam bagi menjawab pendirian mereka... ini soalan umum,” katanya sambil berkata, pendirian itu tidak boleh dianggap bahawa Malaysia sebagai negara majmuk dengan majoritinya beragama Islam sedang menuju persekitaran konservatif.
Kajian bertemakan “Nilai, Impian dan Ideal: Belia Muslim di Asia Tenggara” dikendalikan bersama oleh Merdeka Center, Universiti Kebangsaan Malaysia, Goethe Institut Malaysia dan Friedrich Naumann Foundation for Freedom di sebelah Malaysia dan juga penyertaan Lembaga Survei Indonesia di republik itu.

credit to : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kajian-majoriti-golongan-muda-muslim-setuju-al-quran-ganti-perlembagaan/

Islam itu syumul. al-Quran itu sempurna.

"ini (adalah) kitab (yang) tiada keraguan padanya, petunjuk bagi org2 yg bertaqwa"

(al-Baqarah : 2)

cube tanye pd diri2 kamu sekalian;

agama mana yg ade undang2 sendiri selain Islam ??
agama mane yg ade sistem ekonomi sendiri selain Islam ??
kitab suci agama mane yg ade segala asas ilmu selain al-Quran ??


cube bayangkan;

kalau la federal constitution dilanyak,
mungkin bangsa melayu akan bangkit,
mungkin rakyat Malaysia akan menentang,
tp mungkinkah anda sebahagian drpd semua tu??
mungkin ya mungkin tidak.

cube bayangkan;

jika AL-QURAN dipijak,
lupe kan melayu,
lupe kan Malaysia,
kerana UMMAT akan bangkit,
tidak kira bangsa dan agama,
merentas batas lautan,
walau negara sekular Turki,
aku percaya akan tersentak..

tak mungkin timbul isu Interfaith Committe (IFC),
tak mungkin Ambiga laknatullah berani mencabar undang2 syariah,
tak mungkin Christians meneruskan niat mengubah agama rasmi negara,
tak mungkin timbul propaganda puak kuffar,
tak mungkin..
even PM fikir seribu kalau nak mengubah,
the written law of GOD.

Bagi tiap-tiap (orang itu) ada (malaikat) berturut-turut, sebelum dan di belakangnya:Mereka menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubahkeadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri(dengan diri mereka sendiri). Tetapi apabila (sekali) yang dikehendaki Allah hukuman rakyat, tidak boleh tidak berpaling kembali, dan mereka tidak akan mencari selain dari Allah, apa-apa untuk melindungi.

(ar-Ra'd : 11)

wallahua'lam bissawab

breaks_on !!